Saturday, January 27, 2018

Projek Susu: Bengkel Kelahiran Dan Penyusuan

Alhamdulillah buat pertama kalinya #TeamProjekSusu mengendalikan Bengkel Kelahiran Dan Penyusuan pada tanggal 27 Januari 2018 bertempat di Sunway Geo Tower, Bandar Sunway.

Bengkel ini diadakan untuk memberi ilmu dan tips-tips semasa berpantang dan penyusuan bagi bakal-bakal ibu yang akan menjalani dunia baru bersama permata hati yang bakal dilahirkan. Menariknya bengkel ini menjemput speaker yang bertauliah merupakan bekas Jururawat, Ahli Terapi, Bidan dan merangkap 'Lactation Counselor'  iaitu Puan Norhafizah Ishak.

Perkongsian dari Pakar Laktasi, Ahli Terapi dan Bidan


Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini memberi manfaat dan ilmu baru yang boleh dipraktikkan oleh ibu dan ayah selepas proses kelahiran. Bengkel ini bukan hanya teori semata tetapi turut mengadakan latihan praktikal asas-asas cara teknik penyusuan bayi.

Sesi praktikal teknik menyusukan bayi

Ibu-ibu juga didedahkan kaedah cara berpantang yang sihat. Dari menu berpantang, mandi herba, senaman yang boleh dilakukan ketika berpantang juga cara berpantang yang betul dan sihat. Peranan suami juga turut dikongsikan bagi membantu para isteri menempuh saat kelahiran dan berpantang.

Di samping itu, bengkel ini juga menjemput Pakar Nutrisi untuk berkongsi cara pemakanan yang betul dan mendapatkan nutrisi yang baik sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.

Nantikan projek kedua dari #TeamProjekSusu


#ProjekSusu
#BengkelKelahiranDanPenyusuan
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Thursday, January 25, 2018

Kepentingan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Pernah tak rasa sakit tumit kaki?

Pengalaman Eza sendiri selepas habis berpantang, Ya Allah rasa mencucuk-cucuk tumit kaki. Pijak lantai sampai jalan pun terhincut-hincut.

Paling tak tahan bila bangun waktu pagi. Nak pijak lantai pun tak boleh.

Apa punca sakit tumit kaki?

Kebiasaan ibu hamil selepas bersalin akan mengalami sakit sendi seperti sakit lutut dan tumit kaki. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan 'hormon relaxin' yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bagi memudahkan jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan dan mengambil masa untuk sembuh.



Adakah ini tanda kekurangan kalsium?

∎ Kalsium tidak merujuk sebagai zat hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

∎ Bagi orang tua pula ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali di kalangan orang muda dan pertengahan usia mengambil tahu tentang kepentingan kalsium di dalam diet mereka seharian.

∎ Kalsium adalah zat yang amat penting kepada ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium atau tidak mengambil tahu terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat melahirkan anak. Kesannya akan menjadi lebih buruk dan berterusan sehingga usia tua.

∎ Kalsium mempunyai zat besi, folik, potassium, magnesium dan sebagainya.

∎ Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Pengambilan susu segar sebanyak satu liter sehari perlu diambil oleh ibu hamil. Tetapi bagaimana pula yang tidak menyukai susu atau mempunyai masalah untuk bertoleransi dengan laktosa?

∎ Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis antara salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

∎ Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

∎ Berdasarkan penyelidikan dan kajian oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika antara 14 kajian yang disenaraikan mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Ia berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama masalah lain. Praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

∎ Semasa hamil kalsium yang sedia ada pada ibu, akan diserap oleh bayi semasa proses membesar terutama dalam proses pembentukan tulang. Ibu hamil akan kekurangan kalsium dalam jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Kehilangan kalsium bagi ibu hamil adalah sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

∎ Kekurangan zat kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.

∎ Pengambilan kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan anak dan mengekalkan kadar pengambilan yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. 

Banyak juga kesan jika memandang ringan terhadap kepentingan kalsium dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi golongan ibu hamil. Eza juga bukan penggemar susu kerana di sepanjang kehamilan boleh dikira berapa kali susu yang diambil. 

Langkah alternatif, Eza mengamalkan pengambilan suplemen bagi membantu keperluan kalsium yang diperlukan. Selain itu amalkan diet harian dengan mengambil daripada sumber makanan yang sihat.




#KepentinganKalsium
#ProjekSusu
#BermulaDariKehamilan
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Monday, January 22, 2018

Promosi Omega Guard


Dapatkan promosi Omega Guard (buy 3 @ 5% off) sehingga 31 Januari 2018.

Mengapa Omega Guard Shaklee?
• Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies di perairan negara Jepun.

• Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Yang pasti ia bukan dari hati minyak ikan.

• Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

• Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi kerana dapat menyingkirkan bahan berbahaya seperti bahan kimia yang terdedah kepada bahan toksik.

Apakah manfaat utama Omega Guard Shaklee?

Asid lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh kerana itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menghalang thrombosis, peredaran darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu, Omega Guard sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan memabntu perkembangan memori
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. 
Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA dan HDA.

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alhan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, Hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

•  Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis dan memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout.

•  Mencegah Insomnia dan menbantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, rasa bimbang, autism, kanak-kanak hiperaktif.

#OmegaGuard
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Santai Weekend

#Throw back bawa anak-anak jalan ke shopping mall. So, bila suami bertugas selalunya ke mana-mana ditemani adik beradik. Kami ke Paradigm Mall sahaja, sebab dekat dengan rumah mak. Kebetulan pula, dah lama tak menjejakkan kaki ke sini.

Bila keluar dengan adik beradik, kebiasaannya nak update cerita masing-masing tempat makan adalah pilihan utama. Makan sambil update cerita, gossip dan anak-anak pun boleh borak dengan sepupu mereka.




Seoul Garden pilihan makan tengahari kami hari ini. Sekali-sekala, makanan sebegini nampak menyelerakan dan mengenyangkan. Skip nasi hari ini. Konsep Seoul Garden ialah makan secara buffet. Harganya berbeza untuk lunch dan dinner. Tetapi hari Ahad tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak kerana Kids Eat For Free. Menarikkan! Tapi puas hati la, boleh makan berulang gitu. Having good times with my siblings.

Hari ini sempat window shopping je. Memang tak rak rancang singgah sana sini sebabnya Eza dah terbiasa bila shopping mesti bersama Encik Suami. Tunggu kepulangannya lagi 4 hari. Kami anak beranak tengah 'countdown'.

Dah jalan-jalan, mengopi dulu. Teringat pula birthday Mak Iti (adik ipar) last 3 days. Sebenarnya dalam kehidupan, bukan hadiah yang dipinta tetapi ingatan itu penting. Kita rasa dihargai, betul tak? 😉


Coffee Time with Birthday Girl




Friday, January 19, 2018

Emotional Drive

Terkesan melalui pembacaan buku hari ini. Ehhh, dah kenapa Eza sibuk sangat baca buku sekarang? Sebenarnya tak pelik pun sebab dulu Eza antara penggemar novel. Semestinya novel CINTA... hehehe. Tapi masa zaman remaja la.

Lepas SPM biasanya Eza akan beli sekurang-kurang 3 buah buku. Niat dihati nak jadi novelis tapi macam tak ada gaya je. Walaupun masa Tingkatan 4 dan 5 berada di Kelas Sastera tetapi bakat tu macam ke laut je. Lepas berkahwin hilang dunia buku ni. Tetapi rasanya belum terlambat lagi untuk kembali amalkan tabiat membaca. Bak kata pepatah "Membaca Jambatan Ilmu".

Buku apa yang Eza baca? Tajuk buku ini 3 Kertas, 3 Krayon dan 3 Warna. Menariknya buku ini kerana sebagai ibubapa diberi pendekatan untuk lebih memahami anak-anak. Gaya bahasa yang simple, namun mencuit perasaan Eza kerana apa yang ditulis adalah realiti dan berlaku pada kehidupan seharian kita, cara ibubapa berfikir, cara bagaimana kita didik anak dan sebagainya. 

Topik "Emotional Drive" ni memang berlaku kepada semua orang. Maksud Eza emotional drive anak-anak dan kita sebagai ibubapa. Ye betul, kerana anak-anak sememangnya mahukan perhatian dari kita sebagai ibubapa.

Emotional Drive adalah kekuatan emosi.

Eza juga ada sikap bila anak bercerita, macam separuh dengar je. Hahaha, tak dengar betul-betul. Sedangkan si anak meminta Eza supaya mendengar cerita tak kisah la pasal hal di sekolah, hal kawan-kawan dan kadang-kadang cerita yang ditonton di tv pun dia nak cerita balik. Selalunya, Eza akan minta anak ulang balik apa yang diceritakan tadi. Naik marah la anak, punya panjang cerita mama tak dengar.

"Tadi mama kat mana masa Aryan cerita?"

"Ehhh ada je kat sini. Mama dengar la". Ok cuba cerita balik mama sedia dengar sekarang ni".

Percayalah masa ni anak tak akan ulang semula apa yang diceritakan. Paling tidak anak akan memuncung tanda merajuk. Haaa kan dah merajuk. Dulu Eza selalu juga marah bila anak memuncung. Sebenarnya memuncung tu pasti ada sebab. Ye juga, bayangkan kalau kita nak kongsi cerita dengan kawan tapi dia buat acuh tak acuh nak dengar. Mestilah kita marahkan. Rupanya begitu juga perasaan anak. Mama akan perbaiki ye. 

Lagi satu Eza cukup marah kalau anak tak pandai ucap TERIMA KASIH. Tapi kena juga reflek diri sendiri kalau anak buat kebaikan ucap tak terima kasih pada anak. Haaaa, kena batang hidung sendiri la namanya ye. Maksud Eza, anak-anak ni suka buat kebaikan tetapi kita kurang berterima kasih pada merekakan. Jadinya macam mana mereka nak belajar. Betul juga, ibubapa kan umpama cermin kepada anak-anak. 

Bagi Eza sebagai ibu setiap hari nak berikan yang terbaik untuk anak. Cara bercakap dengan anak, cara luangkan masa dengan anak, cara mengajar anak dan macam-macam lagi. Walaupun Eza suri rumah sepenuh masa tetapi bila bercakap tentang rutin memang tunggang terbalik. Sebab itu, azam Tahun 2018 perlu ada perubahan. Eza buat jadual rutin harian sebabnya nak isi masa sebaik mungkin. 

Insya-allah, moga tahun ini memberi banyak ruang untuk Eza dan suami perbaiki diri sebagai ibubapa dan memberi yang terbaik kepada anak-anak.


"Movie Time" harus tak muncungkan. Happy je dengan sepupu



#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood




Tuesday, January 16, 2018

Bengkel Kelahiran dan Penyusuan

en

BENGKEL KELAHIRAN & PENYUSUAN
------------------------------------------
Atas permintaan ramai, kami Team Projek Susu dengan berbesar hati menganjurkan Bengkel Kelahiran & Penyusuan.

https://goo.gl/5zJNkE

Istimewa untuk ibu dan ayah seperti anda.

Istimewanya kami jemput Speaker Pakar yang merupakan seorang  bekas Jururawat, Ahli Terapi, Bidan dan merangkap Laction Counselor.

Disamping tips-tips praktikal semasa berpantang dan penyusuan, kami juga jemput Pakar Nutrisi berkongsi tentang pemakanan dan nutrisi penting semasa berpantang dan penyusuan!

SIAPA WAJIB JOIN BENGKEL INI?

• Ibu-ibu pertama kali mahu menjayakan penyusuan susu ibu.
• Ibu-ibu yang ada pengalaman menyusu tapi mahu berikan lebih baik untuk anak tersayang.
• Tertanya-tanya bagaimana proses awal penyusuan berlaku?
• Berdebar-debar dan panik menanti hari?
• Pernah berputus asa dalam penyusuan?
• Mahu menambah persediaan diri, mental dan fizikal?
• Mahu menimba ilmu bersama suami?
• Suami yang mahu tahu apa sumbangan suami semasa isteri berpantang.
• Sukakan penerangan secara santai dan praktikal?

*Bonus*
👉🏻 FREE Exclusive Cooler Bag Untuk 7 orang  pertama sahaja!

Klik segera untuk dapatkan COOLER BAG super awesome!

https://goo.gl/5zJNkE

Cooler Bag antara barang penting untuk ibu-ibu menyusu sampai 2 tahun tau!

Untuk  PROGRAM anjuran PROJEK SUSU kali ni, kami beri 7 EXCLUSIVE COOLER BAG PERCUMA untuk yang pendaftar paling awal!

Contact penganjur, buat bayaran segera untuk program (tak perlu bayar lebih puunnnn)

Mungkin anda orang bertuah!

Jangan tangguh!
Daftar segera!
Jangan jelous tau kalau orang lain dapat!

KLIK SEKARANG
https://goo.gl/5zJNkE
https://goo.gl/5zJNkE
https://goo.gl/5zJNkE

#ProjekSusu

Dekorasi Permata Hati

Idea deko tempat untuk storage barang-barang baby. Haippp, bukan Eza ye.
Storage barang bayi

.
Eza bagi idea je. Bakal-bakal ibu yang menunggu kelahiran bayi anda boleh guna cara ini. Senangkan, susun semua dalam satu tempat. Suami pun boleh cari dan tolong kemas.
.
Kalau Eza kan masa kemas-kemas barang anak dulu suka bau barang-barang yang dah dibeli. Bau harum tu memang memikat jiwa.
.
Untuk ibu-ibu hamil di luar sana, team Projek Susu akan mengadakan Bengkel Kelahiran dan Penyusuan pada 27 Januari 2018 jam 2 petang hingga 6 petang bertempat di Sunway Geo Tower. Untuk keterangan lanjut boleh lihat komen di bawah.
.
Persediaan awal untuk ibu dan ayah. Jangan lepaskan peluang. Tempat adalah terhad.

#ProjekSusu
#IdeaDeko
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Monday, January 15, 2018

Penyusuan Bersama Shaklee

Selepas melahirkan anak ketiga, Eza tekad untuk menyusukan anak tanpa sebarang tambahan susu formula. Penyusuan anak pertama dan kedua tidaklah begitu lama kerana seingat Eza Aryan disusukan hanya tiga bulan dan Saffiya sehingga 6 bulan. Tetapi bagi perasaan seorang ibu, pastinya kelahiran yang seterusnya hanya ingin beri yang terbaik kepada anak yang bakal dilahirkan.

Seingat Eza selepas Affan dilahirkan, Eza terus menyusukan Affan dan alhamdulillah rasa tidak kekok seperti sebelum ini. Rasa lebih bersedia dan sebenarnya 2 minggu sebelum Affan dilahirkan Eza meminta mak cik untuk mengurut di bahagian saluran susu yang bakal terhasil. Mak cik memang seorang bidan kerana nenek Eza juga seorang bidan kampung. Jadinya kepakaran nenek beralih kepada mak cik. Alhamdulillah, akhirnya ada juga bakat warisan keluarga dalam bidang perbidanan ini.

Tetapi biasalah hati Eza sentiasa rasa cuak takut sekiranya sampai pada satu tahap susu tak cukup! Kebiasaan bagi seorang ibu kan, pasti ada perasaan begini. Akhirnya semasa dalam tempoh berpantang sambil ada masa untuk "Facebook" ternampak post dari seorang sahabat tentang penyusuan bersama Shaklee.

Terus Eza WA Azliya Yatim dan bertanya tentang Set Penyusuan atau dikenali sebagai Postnatal Set. Di masa yang sama Eza ada juga Google tentang Set Penyusuan ini. Rata-rata komen pengguna semua berpuas hati, Eza rasa terpanggil-panggil untuk terus cuba. Seingat Eza antara produk yang Eza gunakan ialah Alfafa, Lecithin, ESP, Vitamin C dan Omega Guard.



Sepanjang meyusukan Affan bersama Set Penyusuan Shaklee rasa sangat bertenaga dan sihat sepanjang masa. Susu badan pun semakin meriah. Bila tahap umur seperti Eza memang terasa pengambilan suplemen sangat perlu kerana waktu berpantang tenaga amat diperlukan. Biasalah bila anak dah tiga, semua perlu dibuat sendiri. Mujur suami mengambil cuti panjang untuk menjaga Eza di dalam pantang sekurang-kurangnya memasak menu pantang. Dua minggu sahaja Eza perlukan suami untuk buat semua, selepas itu Eza bantu suami apa yang perlu.

Tetapi sentiasa beringat dalam keadaan pantang jangan melampaui batas. Berpantang dengan Shaklee rasa sihat berpanjangan dan mengurangkan rasa lesu setiap hari. Di samping itu ia menghasilkan susu tetapi perlu ada konsep demand & supply.

Nantikan perkongian seterusnya "Apa itu Demand vs Supply?"

#ProjekSusu
#3PermataHati


Tuesday, January 9, 2018

Ayam Goreng Bijan Bersama Daun Pandan

Pertama kali cuba resepi Ayam Goreng Bijan bersama Daun Pandan.

.
Cuba cari kelainan sebabnya selalu sangat dah makan ayam goreng berempah. Sekali-sekala tukar menu pula.

.
Resepi ni dari program masakan juga. Eza dan suami memang suka menonton AFC Channel. Kalau resepi menepati citarasa HARUS cuba.

.
"Kenapa ayam ni letak bijan?"

.
Anak-anak mula macam tak berminat nak rasa, tapi Eza suakan juga ke mulut terus bertambah minta ayam goreng ni.

.
Sebenarnya favourite makanan Eza lebih kepada masakan ala-ala Cina. Sebabnya mak Eza berdarah Cina dan Melayu.Tapi tak boleh berbahasa Cina ya. Mak je yang masih faham tapi bertutur tu dah kurang sikit. Mana tidaknya mak bersekolah di Sekolah Cina jadinya itu bahasa perantaraan semasa di sekolah dan rumah.

.
Okaylah Eza kongsikan resepinya ye.


AYAM GORENG BIJAN BERSAMA DAUN PANDAN

📍 Untuk perap

Kepak ayam (Eza tak pilih kepak tetapi bahagian dada ayam)
Minyak bijan
Soya Sauce
1 ulas bawang putih (disagat)
Sedikit garam dan gula

*perap selama 30 minit

📍 Tepung untuk menggoreng

Satu mangkuk kecil tepung beras
Satu mangkuk kecil tepung jagung
Bijan (yang telah disangai)
Air
Sebiji telur
Sedikit garam dan gula 

*bancuh semua bahan tadi jangan terlalu pekat dan cair

Panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian kecilkan api. Gorengkan ayam tadi bersama daun pandan.




Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.