Tuesday, October 3, 2017

Kenali Tabiat Anak

Tabiat atau 'habit' anak-anak jika tidak dipantau segera takut terbawa-bawa hingga dewasa. Bukannya semua tapi ada perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan mereka. 


Tabiat yang anak-anak suka lakukan!


Menggigit kuku
=============
Leka sungguh menggigit kuku kan. Yang best lagi gigit kuku sambil tengok tv. Langsung tak sedar mama perhati dari tadi. Kalau anak dara gigit kuku tak cantik kuku Kakak nanti 😅.


Makan tangan kiri
===============
Ketiga-tiga anak Eza diberi apa sahaja pasti bermula tangan kiri. Bagi apa sahaja pasti tangan kiri yang keluar dulu.


Memakai kasut @ baju terbalik
==========================
Aryan memang menghadapi kesukaran bila nak pakai kasut. Dari tadika hinggalah Darjah 1 masih tak boleh bezakan mana satu kiri mana satu kanan.


Makan bersepah
==============
Kalau makan diluar, tengoklah bawah meja bersepah dengan makanan tumpah. Mama merekalah yang akan memohon maaf dengan tuan kedai 😊.


Butang baju senget
=================
Memang baju tu senget sebelah. Tak pe, belajar perlahan-lahan sampai dapat ye.


Suka menyampuk
===============
Ingat lagi, kalau mak-mak dulu kalau menyampuk siap kena cubit dekat peha 😢. Terus terkedu, signal mata yang tak tahan tu.


Kelam kabut
===========
Lumrah anak lelaki "mama is always here for me". Rileks je kan time nak pegi sekolah kelam kabut itu ini. Anak perempuan ready terlebih pula, malam sebelum tidur dah siap kemas beg. Siap beritahu nak bawa bekal! Ok mama sediakan.


Tengok tv dalam jarak dekat
=========================
Bab ni sampai berdiri depan tv. Bahaya tau. Satu bahaya untuk mata, satu lagi safety. Agaknya kalau boleh, mereka nak berada dalam tv tu kan.


Suka bermain dengan tali
======================
Imaginasi anak-anak membesar memang kuat. Permainan yang mereka main pun kena pantau. Terleka sedikit macam-macam berlaku.


Menunjuk perangai di hadapan orang
================================
Haaaaa yang ini memang trend anak-anak. Kenapa ye? Anak-anak perlukan perhatian lebih sebab itu ada masanya perangai mereka di luar jangkaan.



Tengok tu menghadap depan-depan tv!

#DiariSiManja
#3PermataHati

No comments:

Post a Comment

Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.