•Saat hamil, banyak info Eza cari melalui pengalaman kawan-kawan. Juga dari majalah tentang kehamilan.
•Tapi trimester pertama Eza alahan agak teruk. Makan muntah, makan muntah dan bila makan lagi terkeluarlah segala makanan yang dimakan tadi. Bayangkan Eza jadi lembik sebab satu makanan pun tak boleh masuk ke dalam perut.
•Bila di tempat kerja, kawan-kawan yang banyak membantu. Alhamdulillah, masuk ke trimester kedua semuanya seakan baik-baik sahaja.
•Selepas usia kehamilan masuk 6 bulan, suami terpaksa bertugas di luar negara. Ya ampun, masa itu Eza rasa tak kuat. Bayangkan 70 hari bekerja dan 20 hari cuti. Cuti 20 hari itulah baru suami boleh pulang ke Malaysia. Airmata mengalir bagai tak ingat.
•Tetapi rasa syukur tetap ada kerana keluarga dan mertua sentiasa mengambil berat. Satu momen yang Eza sangat suka lakukan ialah awal pagi sewaktu memandu ke tempat kerja Eza akan memanggil nama anak. "Selamat pagi anak mama, Aryan. Mama nak pergi kerja ok, Aryan kena behave dalam perut mama tau"
•Hahaha, kenangan betul! Inilah coretan sedikit sebanyak tentang kehamilan pertama Eza. Nantikan coretan Eza seterusnya .
Gambar kenangan semasa trip ke Bandung, Indonesia bersama keluarga Ira Syafira. Masa ini hamil 4 bulan. |
•Masuk ke trimester ketiga, cepat rasa letih. Di tempat kerja, kena turun naik tangga. Di rumah kena turun naik tangga juga. Nasib baik rumah mak tingkat satu je.
•Tapi, mak akan psiko Eza hari-hari. Katanya kalau nak senang bersalin, senaman naik turun tangga. Hahaha, kerana itu Eza sanggup lakukan.
•Sepanjang kehamilan, alhamdulillah Eza boleh lakukan apa sahaja boleh dikatakan bergerak aktif. Cuma ada masa-masa tertentu masalah sakit pinggang dan kekejangan paling kerap berlaku. Masa itu tak tahu apa-apa, kenapa masalah sebegitu berlaku. Semakin dekat dengan jangkaan tarikh (EDD) kandungan terasa berat.
•Tiba tarikh 11 Oktober 2009 jam 3 pagi, Eza rasa kurang selesa. Keluar masuk tandas, entah secara tiba-tiba air terasa keluar. Menggelabah panggil mak, terus mak cakap air ketuban dah pecah.
•Eza terus dibawa ke hospital. Jam 4 pagi dah berada di Labour Room. Tapi bukaan baru 2cm. Masa itu, Eza belum rasa contraction. Redha je, masa itu teringat suami kerana plan asal suami akan pulang minggu depan. Tapi baby dah tak sabar nak keluar.
•Kebetulan masa tu, air ketuban yang keluar kotor. Nurse cakap baby dah terberak kat dalam. Ya Allah, ngerinya dengar. Doktor minta Eza di 'induce'. Ikut je la saranan doktor. Masa itu Eza macam menggangguk tanda faham. Tapi fikiran ke lain dah.
•Jangkaan doktor mungkin tengahari Eza bersalin. Pasrah! Sempat lagi minta ampun kat suami walaupun jauh, time tidur dia tapi Eza berdoa supaya dia bangun dan baca message Eza.
Minta ampun dekat mak dan ayah dan mertua. Siap suruh mak dan ayah balik dulu.
"Mak baliklah dulu, lambat lagi ni".
•Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan. Selepas azan Subuh, contraction berlaku. Ya Allah, sakitnya hanya Allah swt sahaja yang tahu. Tetapi semua ibu-ibu merasai sakit yang sama. Betul tak?
•Jam 8:59 pagi lahirlah putera yang dinanti. Walaupun suami tiada disisi tetapi Eza tahu dia mendoakan Eza dari jauh. Terima kasih pada nurse dan doktor yang banyak membantu.
•Tetapi kelahiran Eza bertukar duka kerana putera kami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
•Ikuti coretan Eza ye. Pepatah "Manusia Hanya Merancang, tetapi hanya DIA (Allah SWT) yang Menentukan" memang benar.
Aryan selepas 3 hari berada di hospital. |
•Aryan mengalami 'Meconium Aspiration Syndrome'. Masa itu Eza terkebil-kebil tidak faham. Sungguh cetek pengetahuan Eza masa itu.
•Najis bayi yang pertama kali keluar dipanggil meconium. Ia adalah bentuk bahan buangan bayi selama sembilan bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari sebelum kelahiran. Bahan buangan tersebut bewarna hijau gelap dan hampir kehitaman. Bentuknya pekat dan melekit tetapi tidak berbau.
•Bayi yang dilahirkan melebihi tempoh normal kehamilan iaitu 38-40 minggu berisiko tinggi mengalami syndrome ini. Masa itu, terfikir juga Eza tersalah bagi tarikh akhir datang bulan ke? Ikutkan EDD Eza pada asalnya ialah 21 Oktober 2009. Aryan lahir awal dari tarikh jangkaan. Tetapi siapa kita untuk menolak takdir Allah swt.
•Syndrome ini merupakan sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir setelah termakan mekonium yang sebelum itu telah memasuki paru-parunya. Keadaan ini boleh berlaku sebelum atau semasa proses bersalin.
•Keadaan stres juga menyebabkan bayi menghirup kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis). Ia mampu menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan menyebabkan bayi sukar bernafas.
•Selama seminggu Aryan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi bersama wayar-wayar dibadannya. Eza tidak dibenarkan menyusu untuk hari pertama sehingga atas arahan doktor paed.
•Pukul 4 pagi keesokannya, nurse datang memberitahu Eza boleh susukan Aryan. Bayangkan, Eza bingkas bangun dari katil dan jalan macam Oshin gitu. Lari-lari anak sambil dihati berkata "Aryan, sabar ye nak! Mama bawa susu untuk kamu!" 😢.
•Begitulah hati seorang ibu, Eza rasa semua ibu ada perasaan yang sama. Perasaan lahiriah kita yang menjadikan kita wanita yang kuat.
•Alhamdulillah, selepas dirawat Aryan sembuh dan membesar sebagai anak yang sihat. Tahun ini Aryan berumur 8 tahun.
•Bagaimana penyusuan pertama Eza. Berjaya atau tidak? Nantikan coretan seterusnya ye .
Aryan bersama-sama guru di sekolahnya |
#KehamilanPertama
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood
#PengedarShakleePuchong 017-883.4058
No comments:
Post a Comment