Thursday, October 5, 2017

Corakkan Gaya Hidup Yang Sihat

Bila bercakap tentang gaya hidup biasanya lebih ke arah pemakanan dan kesihatan. Jaga makan, pilih yang berkhasiat, lebihkan sayur-sayuran dan sebagainya.

Eza mula sedar gaya hidup juga berkait rapat dengan persekitaran, emosi dan tingkah laku.

Amalan pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Ibu-ibu sekarang lebih kreatif sediakan hasil air tangan untuk anak tersayang. Mana tidaknya, zaman era moden ni nak resepi apa sahaja hanya click-click terus terpapar di screen telefon atau laptop. Eza selalu jugakan Cik Google untuk cari info makanan sihat yang senang untuk disediakan.

Selain pemakanan, persekitaran juga penting. Perlunya ada tempat tinggal yang selesa, jiran tetangga yang baik dan kemudahan asas. Dapatlah anak-anak membesar dengan ceria. Hubungan sesama keluarga di dalam rumah juga perlu harmoni. Paling penting sikap hormat menghormati di antara satu sama lain.

Menjaga kebersihan juga amalan yang perlu dititik beratkan. Zaman Eza membesar, mak dan  ayah melatih diri  anak-anaknya  untuk  berdikari dan  mengambil  sikap  bertanggungjawab. Memang letih untuk memupuk anak-anak  supaya sentiasa mendengar kata dan arahan diberi.

"Baju letak dalam bakul ".

"Mandi jangan lupa gosok gigi". 😓

Aktiviti riadah, Eza bawa setiap hujung minggu sahaja. Ikutkan anak-anak kalau boleh setiap hari nak main kat playground 😃.

Hari ni, Aryan terlebih gembira sebab kat sekolah masa Pendidikan Jasmani nak main bola sepak. Kalau cikgu bagi ye Aryan 😉.


#DiariSiManja
#3PermataHati
#ParentingHood

No comments:

Post a Comment

Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.