Sebenarnya wanita akan cepat sensitif jika membabitkan isu perut ni. Mana tidaknya dari perut kempis tetapi setelah berkahwin hilang rupa bentuknya.
Jom kita lihat jenis perut kita hari ini.
Perut Pir (Pear Tummy)
Wanita yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Perut pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan juga sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen samaada genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh. Jika sel-sel lemak berlebihan dibahagian ini, juga sensitif untuk hormon wanita dihasilkan secara berlebihan berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
Perut Ibu (Mummy Tummy)
Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menngeleber. Ini disebabkan otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikut perkembangan bayi.
Selepas bersalin, kedua sisi otot akan bersatu secara semulajadi dan jika ia tidak berlaku, perut akan kelihatan besar dan buncit. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.
Perut Tiroid (Thyroid Tummy)
Perut tiroid adalah disebabkan oleh kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kelenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi ia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.
Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.
Perut Stres (Stress Tummy)
Ramai yang tidak tahu, stres juga antara satu penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga bawah perut. Penyebab masalah ini, menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis 'Fat Around The Middle' adalah berada dalam situasi stres.
"Bila stres dan tiada aktiviti fzikal dilakukan semua kelebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak," katanya.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tetapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
Perut Kembung (Bloated Tummy)
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.
Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas. Namun, jika bakteria usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu ianya akan berlaku fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.
Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu, menelan terlalu banyak udara seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.
No comments:
Post a Comment