Tuesday, October 30, 2018

Perut Anda Jenis Yang Mana?

Sebenarnya wanita akan cepat sensitif jika membabitkan isu perut ni. Mana tidaknya dari perut kempis tetapi setelah berkahwin hilang rupa bentuknya.

Jom kita lihat jenis perut kita hari ini.

Perut Pir (Pear Tummy)

Wanita yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan juga sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen samaada genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh. Jika sel-sel lemak berlebihan dibahagian ini, juga sensitif untuk hormon wanita dihasilkan secara berlebihan berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.


Perut Ibu (Mummy Tummy)

Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menngeleber. Ini disebabkan otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikut perkembangan bayi.

Selepas bersalin, kedua sisi otot akan bersatu secara semulajadi dan jika ia tidak berlaku, perut akan kelihatan besar dan buncit. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.


Perut Tiroid (Thyroid Tummy)

Perut tiroid adalah disebabkan oleh kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kelenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi ia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.

Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.


Perut Stres (Stress Tummy)

Ramai yang tidak tahu, stres juga antara satu penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga bawah perut. Penyebab masalah ini, menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis 'Fat Around The Middle' adalah berada dalam situasi stres.

"Bila stres dan tiada aktiviti fzikal dilakukan semua kelebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak," katanya.

Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tetapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.


Perut Kembung (Bloated Tummy)

Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.

Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas. Namun, jika bakteria usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu ianya akan berlaku fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.

Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu, menelan terlalu banyak udara seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.

Kredit Kompas.com




Tuesday, October 2, 2018

Jenis-jenis Jerawat

Hari ini Eza nak kongsikan cerita mengenai jenis-jenis jerawat.
Pernah dengar tak 'bebintik hitam?'

Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis jerawat iaitu jerawat hitam dan jerawat putih.

Apakah itu jerawat hitam dan jerawat putih?

Jerawat Putih (bebintik tertutup)

Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih.

Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.





Jerawat hitam (bebintik terbuka)

Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan bebintik, tetapi ia boleh dirawat atau mencegahnya.

Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebinitk.

Memilih produk penjagaan wajah juga amat penting dan berhati-hati agar tidak melembapkan kulit secara berlebihan.




Jerawat biasa (Papul)

Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang.Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul.

Ianya adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah dan merah jambu.




Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)

Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya.

Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit.

Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.

Untuk Nodul dan Sista, adalah digalakkan untuk mendapat nasihat pakar dermatologi kerana tiada ubat untuknya dan boleh didapati di kaunter.



*Credit to WOM (Women Online Magazines)

#MasalahJerawat
#JenisJerawat
#CeritaNakCantik
#HomeFacialBangi
#HomeFacialKajang
#HomeFacial Semenyih
Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.