Friday, January 19, 2018

Emotional Drive

Terkesan melalui pembacaan buku hari ini. Ehhh, dah kenapa Eza sibuk sangat baca buku sekarang? Sebenarnya tak pelik pun sebab dulu Eza antara penggemar novel. Semestinya novel CINTA... hehehe. Tapi masa zaman remaja la.

Lepas SPM biasanya Eza akan beli sekurang-kurang 3 buah buku. Niat dihati nak jadi novelis tapi macam tak ada gaya je. Walaupun masa Tingkatan 4 dan 5 berada di Kelas Sastera tetapi bakat tu macam ke laut je. Lepas berkahwin hilang dunia buku ni. Tetapi rasanya belum terlambat lagi untuk kembali amalkan tabiat membaca. Bak kata pepatah "Membaca Jambatan Ilmu".

Buku apa yang Eza baca? Tajuk buku ini 3 Kertas, 3 Krayon dan 3 Warna. Menariknya buku ini kerana sebagai ibubapa diberi pendekatan untuk lebih memahami anak-anak. Gaya bahasa yang simple, namun mencuit perasaan Eza kerana apa yang ditulis adalah realiti dan berlaku pada kehidupan seharian kita, cara ibubapa berfikir, cara bagaimana kita didik anak dan sebagainya. 

Topik "Emotional Drive" ni memang berlaku kepada semua orang. Maksud Eza emotional drive anak-anak dan kita sebagai ibubapa. Ye betul, kerana anak-anak sememangnya mahukan perhatian dari kita sebagai ibubapa.

Emotional Drive adalah kekuatan emosi.

Eza juga ada sikap bila anak bercerita, macam separuh dengar je. Hahaha, tak dengar betul-betul. Sedangkan si anak meminta Eza supaya mendengar cerita tak kisah la pasal hal di sekolah, hal kawan-kawan dan kadang-kadang cerita yang ditonton di tv pun dia nak cerita balik. Selalunya, Eza akan minta anak ulang balik apa yang diceritakan tadi. Naik marah la anak, punya panjang cerita mama tak dengar.

"Tadi mama kat mana masa Aryan cerita?"

"Ehhh ada je kat sini. Mama dengar la". Ok cuba cerita balik mama sedia dengar sekarang ni".

Percayalah masa ni anak tak akan ulang semula apa yang diceritakan. Paling tidak anak akan memuncung tanda merajuk. Haaa kan dah merajuk. Dulu Eza selalu juga marah bila anak memuncung. Sebenarnya memuncung tu pasti ada sebab. Ye juga, bayangkan kalau kita nak kongsi cerita dengan kawan tapi dia buat acuh tak acuh nak dengar. Mestilah kita marahkan. Rupanya begitu juga perasaan anak. Mama akan perbaiki ye. 

Lagi satu Eza cukup marah kalau anak tak pandai ucap TERIMA KASIH. Tapi kena juga reflek diri sendiri kalau anak buat kebaikan ucap tak terima kasih pada anak. Haaaa, kena batang hidung sendiri la namanya ye. Maksud Eza, anak-anak ni suka buat kebaikan tetapi kita kurang berterima kasih pada merekakan. Jadinya macam mana mereka nak belajar. Betul juga, ibubapa kan umpama cermin kepada anak-anak. 

Bagi Eza sebagai ibu setiap hari nak berikan yang terbaik untuk anak. Cara bercakap dengan anak, cara luangkan masa dengan anak, cara mengajar anak dan macam-macam lagi. Walaupun Eza suri rumah sepenuh masa tetapi bila bercakap tentang rutin memang tunggang terbalik. Sebab itu, azam Tahun 2018 perlu ada perubahan. Eza buat jadual rutin harian sebabnya nak isi masa sebaik mungkin. 

Insya-allah, moga tahun ini memberi banyak ruang untuk Eza dan suami perbaiki diri sebagai ibubapa dan memberi yang terbaik kepada anak-anak.


"Movie Time" harus tak muncungkan. Happy je dengan sepupu



#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood




No comments:

Post a Comment

Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.