Showing posts with label Penyusuan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Bayi. Show all posts

Thursday, January 25, 2018

Kepentingan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Pernah tak rasa sakit tumit kaki?

Pengalaman Eza sendiri selepas habis berpantang, Ya Allah rasa mencucuk-cucuk tumit kaki. Pijak lantai sampai jalan pun terhincut-hincut.

Paling tak tahan bila bangun waktu pagi. Nak pijak lantai pun tak boleh.

Apa punca sakit tumit kaki?

Kebiasaan ibu hamil selepas bersalin akan mengalami sakit sendi seperti sakit lutut dan tumit kaki. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan 'hormon relaxin' yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bagi memudahkan jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan dan mengambil masa untuk sembuh.



Adakah ini tanda kekurangan kalsium?

∎ Kalsium tidak merujuk sebagai zat hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

∎ Bagi orang tua pula ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali di kalangan orang muda dan pertengahan usia mengambil tahu tentang kepentingan kalsium di dalam diet mereka seharian.

∎ Kalsium adalah zat yang amat penting kepada ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium atau tidak mengambil tahu terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat melahirkan anak. Kesannya akan menjadi lebih buruk dan berterusan sehingga usia tua.

∎ Kalsium mempunyai zat besi, folik, potassium, magnesium dan sebagainya.

∎ Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Pengambilan susu segar sebanyak satu liter sehari perlu diambil oleh ibu hamil. Tetapi bagaimana pula yang tidak menyukai susu atau mempunyai masalah untuk bertoleransi dengan laktosa?

∎ Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis antara salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

∎ Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

∎ Berdasarkan penyelidikan dan kajian oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika antara 14 kajian yang disenaraikan mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Ia berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama masalah lain. Praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

∎ Semasa hamil kalsium yang sedia ada pada ibu, akan diserap oleh bayi semasa proses membesar terutama dalam proses pembentukan tulang. Ibu hamil akan kekurangan kalsium dalam jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Kehilangan kalsium bagi ibu hamil adalah sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

∎ Kekurangan zat kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.

∎ Pengambilan kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan anak dan mengekalkan kadar pengambilan yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. 

Banyak juga kesan jika memandang ringan terhadap kepentingan kalsium dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi golongan ibu hamil. Eza juga bukan penggemar susu kerana di sepanjang kehamilan boleh dikira berapa kali susu yang diambil. 

Langkah alternatif, Eza mengamalkan pengambilan suplemen bagi membantu keperluan kalsium yang diperlukan. Selain itu amalkan diet harian dengan mengambil daripada sumber makanan yang sihat.




#KepentinganKalsium
#ProjekSusu
#BermulaDariKehamilan
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Monday, January 15, 2018

Penyusuan Bersama Shaklee

Selepas melahirkan anak ketiga, Eza tekad untuk menyusukan anak tanpa sebarang tambahan susu formula. Penyusuan anak pertama dan kedua tidaklah begitu lama kerana seingat Eza Aryan disusukan hanya tiga bulan dan Saffiya sehingga 6 bulan. Tetapi bagi perasaan seorang ibu, pastinya kelahiran yang seterusnya hanya ingin beri yang terbaik kepada anak yang bakal dilahirkan.

Seingat Eza selepas Affan dilahirkan, Eza terus menyusukan Affan dan alhamdulillah rasa tidak kekok seperti sebelum ini. Rasa lebih bersedia dan sebenarnya 2 minggu sebelum Affan dilahirkan Eza meminta mak cik untuk mengurut di bahagian saluran susu yang bakal terhasil. Mak cik memang seorang bidan kerana nenek Eza juga seorang bidan kampung. Jadinya kepakaran nenek beralih kepada mak cik. Alhamdulillah, akhirnya ada juga bakat warisan keluarga dalam bidang perbidanan ini.

Tetapi biasalah hati Eza sentiasa rasa cuak takut sekiranya sampai pada satu tahap susu tak cukup! Kebiasaan bagi seorang ibu kan, pasti ada perasaan begini. Akhirnya semasa dalam tempoh berpantang sambil ada masa untuk "Facebook" ternampak post dari seorang sahabat tentang penyusuan bersama Shaklee.

Terus Eza WA Azliya Yatim dan bertanya tentang Set Penyusuan atau dikenali sebagai Postnatal Set. Di masa yang sama Eza ada juga Google tentang Set Penyusuan ini. Rata-rata komen pengguna semua berpuas hati, Eza rasa terpanggil-panggil untuk terus cuba. Seingat Eza antara produk yang Eza gunakan ialah Alfafa, Lecithin, ESP, Vitamin C dan Omega Guard.



Sepanjang meyusukan Affan bersama Set Penyusuan Shaklee rasa sangat bertenaga dan sihat sepanjang masa. Susu badan pun semakin meriah. Bila tahap umur seperti Eza memang terasa pengambilan suplemen sangat perlu kerana waktu berpantang tenaga amat diperlukan. Biasalah bila anak dah tiga, semua perlu dibuat sendiri. Mujur suami mengambil cuti panjang untuk menjaga Eza di dalam pantang sekurang-kurangnya memasak menu pantang. Dua minggu sahaja Eza perlukan suami untuk buat semua, selepas itu Eza bantu suami apa yang perlu.

Tetapi sentiasa beringat dalam keadaan pantang jangan melampaui batas. Berpantang dengan Shaklee rasa sihat berpanjangan dan mengurangkan rasa lesu setiap hari. Di samping itu ia menghasilkan susu tetapi perlu ada konsep demand & supply.

Nantikan perkongian seterusnya "Apa itu Demand vs Supply?"

#ProjekSusu
#3PermataHati


Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.