Tuesday, February 13, 2018

Suri Rumah Kerjaya Profesional

Memang tak percaya! Mana tidaknya tugas suri rumah ini tiada henti. Setiap hari buat perkara yang sama sahaja. Tiada clock in dan clock out. Tetapi bila terbaca artikel mengenai tugas suri rumah boleh dijadikan satu kerjaya profesional terus aura positif masuk di kepala.

Tugas suri rumah yang Eza pegang bermula tahun 2011 penuh dengan pelbagai ragam, cabaran dan cara mengurus rumahtangga dengan lebih baik. Pada waktu itu Aryan baru berumur 2 tahun. Jadinya tumpuan sepenuhnya hanya diberikan pada permata seorang itu. Suami pula bertugas di luar negara dan hanya berjumpa selepas 70 hari serta pulang bercuti hanya untuk 20 hari. Berbaki cuti 20 hari itulah perlu diuruskan betul-betul. Biasalah bila suami pulang, kami hanya akan memikirkan untuk bercuti satu Malaysia. Maklumlah anak belum bersekolah dan boleh bergembira untuk ke sana sini.

Tahun 2012 Eza melahirkan anak kedua. Alhamdulillah rezeki yang Maha Esa memberikan zuriat anak perempuan untuk kami sekeluarga. Bermulalah cerita untuk mengendalikan anak-anak dan pada masa itu Aryan sudah dihantar ke tadika seawal usia 4 tahun. Jika sebelum ini kendalikan anak seorang bolehlah santai-santai. Tapi selepas kehadiran anak kedua perlu lebih cekap. Dalam minda hanya fikir perlu siapkan kerja rumah kadar segera dan memasak untuk keluarga sepantas yang boleh. Tetapi memang benar, semuanya perlukan pengalaman. Eza bukanlah seorang yang cekap. Sikap tembel itu sentiasa ada malahan kalau dibiarkan melarat jadinya.

Sebagai suri rumah, satu hal yang Eza pelajari ialah tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah. Cabaran setiap hari bagi memastikan persiapan hal di dalam rumah sentiasa terjaga. Pernah Eza tidak berapa sihat disebabkan demam, tak larat nak angkat badan rasa longlai. Waktu itu Eza hanya fikir jadi apalah rumah mesti tak kemas, kain baju cuci tak, setakat makan anak-anak tak perlu risau kerana suami memang pandai memasak. Cuma hal kebersihan dan ketelitian rumah adalah "MY TERRITORY". Hahaha...

Cuba diberi ME TIME sehari. Macam mana agaknya ye? Dalam kepala mesti terfikir rumah ok tak, bersih tak? Jadinya tiada istilah ME TIME ke? Sebenarnya boleh, buangkan aura negatif yang bersarang dalam kepala ni. Kalau asyik fikir yang buruk je memang susahlah kan.

Jaga penampilan tak di rumah? Alamak, takut dengar. Mak Eza selalu pesan walaupun kita seorang suri rumah perlu sentiasa berhias buat suami. Jangan waktu pagi tak reti mandi hahaha... Betul, dulu Eza pun jenis yang begitu alasannya nanti dah mandi pun berpeluh-peluh. Malas dua kali nak mandi. Jadinya suri rumah sekalian perlulah menjaga imej ye. Duduk rumah pun kita perlu sentiasa nampak cantik. Untuk siapa? Untuk suami kita jugakan. Jom, kita jaga imej suri rumah profesional!

Kena bijak atur masa. Ini memang relevan sebabnya ia akan banyak membantu. Dulu Eza pun tidak pernah ada sechedule, main taram je akhirnya ada kerja yang dibuat dua, tiga kali. Mestilah letihkan. Percaya tak suri rumah juga perlukan time table. Sekarang Eza perlukan jadual waktu untuk diri sendiri. Aryan dan Saffiya bersekolah dan perlu lebih perhatian. Hadirnya anak ketiga lagi tak menang tangan dibuatnya. Bila suami balik bertugas lagi haru biru.

Terutama sekarang Eza perlu ada masa untuk buat bisnes online. Jadinya seawal pagi urusan keluarga didahulukan dan kemudian fokus sekejap pada bisnes. Menarik juga sebenarnya dunia WAHM ini. Bukan apa, Eza letakkan tahun ini sebagai langkah permulaan untuk berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk diri sendiri mencari duit poket. Betul tak? Kalau tak untuk kita untuk keluarga kita juga.

Di masa yang sama Eza juga sangat berbesar hati jika ada antara suri rumah ingin memulakan bisnes online seperti Eza. Mungkin ini cara untuk kita menambah pendapatan bulanan kita kan. Rezeki ada dimana-mana, Insya-Allah jika kita berusaha Allah melipat-gandakan rezeki kita.

Jom, suri rumah sertai R2R (Rizqi To Reach) Family.

#R2R
#WAHM
#3PermataHati
#JourneyOf Motherhood




Saturday, January 27, 2018

Projek Susu: Bengkel Kelahiran Dan Penyusuan

Alhamdulillah buat pertama kalinya #TeamProjekSusu mengendalikan Bengkel Kelahiran Dan Penyusuan pada tanggal 27 Januari 2018 bertempat di Sunway Geo Tower, Bandar Sunway.

Bengkel ini diadakan untuk memberi ilmu dan tips-tips semasa berpantang dan penyusuan bagi bakal-bakal ibu yang akan menjalani dunia baru bersama permata hati yang bakal dilahirkan. Menariknya bengkel ini menjemput speaker yang bertauliah merupakan bekas Jururawat, Ahli Terapi, Bidan dan merangkap 'Lactation Counselor'  iaitu Puan Norhafizah Ishak.

Perkongsian dari Pakar Laktasi, Ahli Terapi dan Bidan


Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini memberi manfaat dan ilmu baru yang boleh dipraktikkan oleh ibu dan ayah selepas proses kelahiran. Bengkel ini bukan hanya teori semata tetapi turut mengadakan latihan praktikal asas-asas cara teknik penyusuan bayi.

Sesi praktikal teknik menyusukan bayi

Ibu-ibu juga didedahkan kaedah cara berpantang yang sihat. Dari menu berpantang, mandi herba, senaman yang boleh dilakukan ketika berpantang juga cara berpantang yang betul dan sihat. Peranan suami juga turut dikongsikan bagi membantu para isteri menempuh saat kelahiran dan berpantang.

Di samping itu, bengkel ini juga menjemput Pakar Nutrisi untuk berkongsi cara pemakanan yang betul dan mendapatkan nutrisi yang baik sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.

Nantikan projek kedua dari #TeamProjekSusu


#ProjekSusu
#BengkelKelahiranDanPenyusuan
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Thursday, January 25, 2018

Kepentingan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Pernah tak rasa sakit tumit kaki?

Pengalaman Eza sendiri selepas habis berpantang, Ya Allah rasa mencucuk-cucuk tumit kaki. Pijak lantai sampai jalan pun terhincut-hincut.

Paling tak tahan bila bangun waktu pagi. Nak pijak lantai pun tak boleh.

Apa punca sakit tumit kaki?

Kebiasaan ibu hamil selepas bersalin akan mengalami sakit sendi seperti sakit lutut dan tumit kaki. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan 'hormon relaxin' yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bagi memudahkan jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan dan mengambil masa untuk sembuh.



Adakah ini tanda kekurangan kalsium?

∎ Kalsium tidak merujuk sebagai zat hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

∎ Bagi orang tua pula ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali di kalangan orang muda dan pertengahan usia mengambil tahu tentang kepentingan kalsium di dalam diet mereka seharian.

∎ Kalsium adalah zat yang amat penting kepada ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium atau tidak mengambil tahu terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat melahirkan anak. Kesannya akan menjadi lebih buruk dan berterusan sehingga usia tua.

∎ Kalsium mempunyai zat besi, folik, potassium, magnesium dan sebagainya.

∎ Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Pengambilan susu segar sebanyak satu liter sehari perlu diambil oleh ibu hamil. Tetapi bagaimana pula yang tidak menyukai susu atau mempunyai masalah untuk bertoleransi dengan laktosa?

∎ Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis antara salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

∎ Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

∎ Berdasarkan penyelidikan dan kajian oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika antara 14 kajian yang disenaraikan mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Ia berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama masalah lain. Praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

∎ Semasa hamil kalsium yang sedia ada pada ibu, akan diserap oleh bayi semasa proses membesar terutama dalam proses pembentukan tulang. Ibu hamil akan kekurangan kalsium dalam jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Kehilangan kalsium bagi ibu hamil adalah sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

∎ Kekurangan zat kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.

∎ Pengambilan kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan anak dan mengekalkan kadar pengambilan yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. 

Banyak juga kesan jika memandang ringan terhadap kepentingan kalsium dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi golongan ibu hamil. Eza juga bukan penggemar susu kerana di sepanjang kehamilan boleh dikira berapa kali susu yang diambil. 

Langkah alternatif, Eza mengamalkan pengambilan suplemen bagi membantu keperluan kalsium yang diperlukan. Selain itu amalkan diet harian dengan mengambil daripada sumber makanan yang sihat.




#KepentinganKalsium
#ProjekSusu
#BermulaDariKehamilan
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Monday, January 22, 2018

Promosi Omega Guard


Dapatkan promosi Omega Guard (buy 3 @ 5% off) sehingga 31 Januari 2018.

Mengapa Omega Guard Shaklee?
• Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies di perairan negara Jepun.

• Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Yang pasti ia bukan dari hati minyak ikan.

• Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

• Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi kerana dapat menyingkirkan bahan berbahaya seperti bahan kimia yang terdedah kepada bahan toksik.

Apakah manfaat utama Omega Guard Shaklee?

• Asid lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh kerana itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

• Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menghalang thrombosis, peredaran darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu, Omega Guard sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan memabntu perkembangan memori
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. 
Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA dan HDA.

• Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alhan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, Hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

•  Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis dan memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout.

•  Mencegah Insomnia dan menbantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, rasa bimbang, autism, kanak-kanak hiperaktif.

#OmegaGuard
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Santai Weekend

#Throw back bawa anak-anak jalan ke shopping mall. So, bila suami bertugas selalunya ke mana-mana ditemani adik beradik. Kami ke Paradigm Mall sahaja, sebab dekat dengan rumah mak. Kebetulan pula, dah lama tak menjejakkan kaki ke sini.

Bila keluar dengan adik beradik, kebiasaannya nak update cerita masing-masing tempat makan adalah pilihan utama. Makan sambil update cerita, gossip dan anak-anak pun boleh borak dengan sepupu mereka.




Seoul Garden pilihan makan tengahari kami hari ini. Sekali-sekala, makanan sebegini nampak menyelerakan dan mengenyangkan. Skip nasi hari ini. Konsep Seoul Garden ialah makan secara buffet. Harganya berbeza untuk lunch dan dinner. Tetapi hari Ahad tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak kerana Kids Eat For Free. Menarikkan! Tapi puas hati la, boleh makan berulang gitu. Having good times with my siblings.

Hari ini sempat window shopping je. Memang tak rak rancang singgah sana sini sebabnya Eza dah terbiasa bila shopping mesti bersama Encik Suami. Tunggu kepulangannya lagi 4 hari. Kami anak beranak tengah 'countdown'.

Dah jalan-jalan, mengopi dulu. Teringat pula birthday Mak Iti (adik ipar) last 3 days. Sebenarnya dalam kehidupan, bukan hadiah yang dipinta tetapi ingatan itu penting. Kita rasa dihargai, betul tak? 😉


Coffee Time with Birthday Girl




Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.