Tuesday, February 13, 2018

Suri Rumah Kerjaya Profesional

Memang tak percaya! Mana tidaknya tugas suri rumah ini tiada henti. Setiap hari buat perkara yang sama sahaja. Tiada clock in dan clock out. Tetapi bila terbaca artikel mengenai tugas suri rumah boleh dijadikan satu kerjaya profesional terus aura positif masuk di kepala.

Tugas suri rumah yang Eza pegang bermula tahun 2011 penuh dengan pelbagai ragam, cabaran dan cara mengurus rumahtangga dengan lebih baik. Pada waktu itu Aryan baru berumur 2 tahun. Jadinya tumpuan sepenuhnya hanya diberikan pada permata seorang itu. Suami pula bertugas di luar negara dan hanya berjumpa selepas 70 hari serta pulang bercuti hanya untuk 20 hari. Berbaki cuti 20 hari itulah perlu diuruskan betul-betul. Biasalah bila suami pulang, kami hanya akan memikirkan untuk bercuti satu Malaysia. Maklumlah anak belum bersekolah dan boleh bergembira untuk ke sana sini.

Tahun 2012 Eza melahirkan anak kedua. Alhamdulillah rezeki yang Maha Esa memberikan zuriat anak perempuan untuk kami sekeluarga. Bermulalah cerita untuk mengendalikan anak-anak dan pada masa itu Aryan sudah dihantar ke tadika seawal usia 4 tahun. Jika sebelum ini kendalikan anak seorang bolehlah santai-santai. Tapi selepas kehadiran anak kedua perlu lebih cekap. Dalam minda hanya fikir perlu siapkan kerja rumah kadar segera dan memasak untuk keluarga sepantas yang boleh. Tetapi memang benar, semuanya perlukan pengalaman. Eza bukanlah seorang yang cekap. Sikap tembel itu sentiasa ada malahan kalau dibiarkan melarat jadinya.

Sebagai suri rumah, satu hal yang Eza pelajari ialah tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah. Cabaran setiap hari bagi memastikan persiapan hal di dalam rumah sentiasa terjaga. Pernah Eza tidak berapa sihat disebabkan demam, tak larat nak angkat badan rasa longlai. Waktu itu Eza hanya fikir jadi apalah rumah mesti tak kemas, kain baju cuci tak, setakat makan anak-anak tak perlu risau kerana suami memang pandai memasak. Cuma hal kebersihan dan ketelitian rumah adalah "MY TERRITORY". Hahaha...

Cuba diberi ME TIME sehari. Macam mana agaknya ye? Dalam kepala mesti terfikir rumah ok tak, bersih tak? Jadinya tiada istilah ME TIME ke? Sebenarnya boleh, buangkan aura negatif yang bersarang dalam kepala ni. Kalau asyik fikir yang buruk je memang susahlah kan.

Jaga penampilan tak di rumah? Alamak, takut dengar. Mak Eza selalu pesan walaupun kita seorang suri rumah perlu sentiasa berhias buat suami. Jangan waktu pagi tak reti mandi hahaha... Betul, dulu Eza pun jenis yang begitu alasannya nanti dah mandi pun berpeluh-peluh. Malas dua kali nak mandi. Jadinya suri rumah sekalian perlulah menjaga imej ye. Duduk rumah pun kita perlu sentiasa nampak cantik. Untuk siapa? Untuk suami kita jugakan. Jom, kita jaga imej suri rumah profesional!

Kena bijak atur masa. Ini memang relevan sebabnya ia akan banyak membantu. Dulu Eza pun tidak pernah ada sechedule, main taram je akhirnya ada kerja yang dibuat dua, tiga kali. Mestilah letihkan. Percaya tak suri rumah juga perlukan time table. Sekarang Eza perlukan jadual waktu untuk diri sendiri. Aryan dan Saffiya bersekolah dan perlu lebih perhatian. Hadirnya anak ketiga lagi tak menang tangan dibuatnya. Bila suami balik bertugas lagi haru biru.

Terutama sekarang Eza perlu ada masa untuk buat bisnes online. Jadinya seawal pagi urusan keluarga didahulukan dan kemudian fokus sekejap pada bisnes. Menarik juga sebenarnya dunia WAHM ini. Bukan apa, Eza letakkan tahun ini sebagai langkah permulaan untuk berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk diri sendiri mencari duit poket. Betul tak? Kalau tak untuk kita untuk keluarga kita juga.

Di masa yang sama Eza juga sangat berbesar hati jika ada antara suri rumah ingin memulakan bisnes online seperti Eza. Mungkin ini cara untuk kita menambah pendapatan bulanan kita kan. Rezeki ada dimana-mana, Insya-Allah jika kita berusaha Allah melipat-gandakan rezeki kita.

Jom, suri rumah sertai R2R (Rizqi To Reach) Family.

#R2R
#WAHM
#3PermataHati
#JourneyOf Motherhood




No comments:

Post a Comment

Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.