Sunday, October 29, 2017

Mainan Blok Bina Minda




Sebut sahaja permainan LEGO, anak-anak sudah menjerit keriangan.


Mainan LEGO menarik minat anak-anak kecil. Seingat Eza pertama kali membawa anak ke kedai LEGO, beberapa kali pusingan lepas satu-satu dibelek. Masa itu, mama yang pening. Tapi disebabkan kesabaran mama yang tinggi dilayankan sahaja.


10 manfaat bermain LEGO bagi anak-anak
===================================

1. LEGO hadir dengan pelbagai warna. Sebenarnya masa inilah, Eza cuba tarik minat anak untuk kenal warna yang ada ditangannya. Jika setiap hari lakukan aktiviti yang sama, pasti anak-anak dapat mengingati warna tersebut.

2. Bentuk dan ukuran LEGO bagi yang beragam menjadi satu media pembelajaran untuk anak-anak. Pelbagai bentuk dan saiz.

3. Apabila menyusun LEGO, anak sedang melatih koordinasi antara mata dan tangan.

4. Menggenggam dan membuka pasang LEGO melatih anak untuk menggunakan pergerakan sentuhan.

5. Membentuk imaginasi anak-anak untuk membentuk sesuatu yang diinginkan.

6. Di bahagian atas LEGO terdapat bulatan kecil timbul di mana anak-anak boleh belajar mengira.

7. Memupuk kreativiti kerana apa sahaja bentuk yang direka anak-anak akan menjerit sekuat hati sambil menunjukkan hasil binaan mereka.

8. Melatih otak untuk berfikir dengan cerdas. Ruang ketepatan termasuk panjang, sisi dan bentuk binaan tersebut.

9. Bermain LEGO bersama kawan-kawan dapat membina komunikasi yang baik.

10. Perlu ada sikap sabar dan fokus semasa memasang binaan LEGO. Ada masanya mereka akan 'give up' tetapi sebagai ibubapa berilah perangsang untuk mereka.

Hasil LEGO yang dibina Aryan.

#Sel-selOtakBerhubung
#LEGO
#3PermataHati
#better2017



No comments:

Post a Comment

Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.