Gerbang tahun 2018, acara mencapai azam baru. Masuk detik 1 Januari 2018 panjang berjela wishlist azam baru kan. Berkobar-kobar semangat. Untuk tahun yang sudah pun melabuhkan tirainya menjadi garis panduan untuk dibawa ke tahun baru.
Azam kami sekeluarga untuk membina hidup lebih sihat dan harmoni. Sebagai ibu, Eza ingin suami dan anak-anak bertambah sihat. Sihat dengan lebih baik. Dari pemakanan, pengambilan vitamin dan mengurangkan makanan dan minuman yang kurang berkhasiat. Especially anak-anak semenjak suka sangat makan gula, fast food dan snek rasa seronoknya mereka. Makan tanpa ada nutrisi dan diet yang tidak sihat.
Jujurnya sebagai ibu, kita tidak mampu nak pantau anak-anak terutama bila berada di luar rumah. Bila mereka berada di sekolah, di majlis keramaian memang menguji kesabaran. Selambakan manisan yang pelbagai bentuk, rupa dan rasa mampu menggoda jiwa anak-anak.
Semua perlu bermula dari rumah. Eza percaya jika mampu secara perlahan-lahan mengubah cara pemakanan anak di rumah ia mampu mendorong kelakuan mereka apabila berada di luar rumah. Sekali sekala boleh la, tapi kalau tiap-tiap hari nak makanan yang tidak cukup nutrisi akan menjejaskan kesihatan mereka.
Seimbangkan Makanan
Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar kanak-kanak untuk makan sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga.
Apa yang berlaku pada masa kini ialah membiarkan anak makan secara berlebihan. Lemak terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab kepada obesiti.
Minimumkan Makanan Ringan
Ia mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera pada kanak-kanak untuk memakan secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak apabila meningkat dewasa.
Sekat Minuman Berkarbonat
Ada sesetengah rumah yang kita kunjungi menyediakan air minuman berkarbonat pada majlis keraian. Minuman berkarbonat tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Ia boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu, minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.
Banyakkan Minum Air
Selepas makan pelbagai makanan, sebaiknya menyuruh anak minum air kosong. Anak perlu dididik minum air kosong. Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.
Hadkan Gula Tambahan
Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti.Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Sebagai ibubapa, kita perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini wujud gula tambahan dalam pelbagai makakan dan minuman yang diproses.
Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa ramai yang tidak menyedari bahawa kita memberikan anak terlalu banyak gula.
#RealKidsRealFood
#HelpOurChildrenToEatRight
#RealKidsRealFood
#HelpOurChildrenToEatRight
No comments:
Post a Comment