Monday, February 26, 2018

Mama, saya tak nak sayur!

Gerbang tahun 2018, acara mencapai azam baru. Masuk detik 1 Januari 2018 panjang berjela wishlist azam baru kan. Berkobar-kobar semangat. Untuk tahun yang sudah pun melabuhkan tirainya menjadi garis panduan untuk dibawa ke tahun baru.

Azam kami sekeluarga untuk membina hidup lebih sihat dan harmoni. Sebagai ibu, Eza ingin suami dan anak-anak bertambah sihat. Sihat dengan lebih baik. Dari pemakanan, pengambilan vitamin dan mengurangkan makanan dan minuman yang kurang berkhasiat. Especially anak-anak semenjak suka sangat makan gula, fast food dan snek rasa seronoknya mereka. Makan tanpa ada nutrisi dan diet yang tidak sihat.

Jujurnya sebagai ibu, kita tidak mampu nak pantau anak-anak terutama bila berada di luar rumah. Bila mereka berada di sekolah, di majlis keramaian memang menguji kesabaran. Selambakan manisan yang pelbagai bentuk, rupa dan rasa mampu menggoda jiwa anak-anak.

Semua perlu bermula dari rumah. Eza percaya jika mampu secara perlahan-lahan mengubah cara pemakanan anak di rumah ia mampu mendorong kelakuan mereka apabila berada di luar rumah. Sekali sekala boleh la, tapi kalau tiap-tiap hari nak makanan yang tidak cukup nutrisi akan menjejaskan kesihatan mereka.

Seimbangkan Makanan

Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar kanak-kanak untuk makan sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga.

Apa yang berlaku pada masa kini ialah membiarkan anak makan secara berlebihan. Lemak terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab kepada obesiti.

Minimumkan Makanan Ringan

Ia mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera pada kanak-kanak untuk memakan secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak apabila meningkat dewasa.

Sekat Minuman Berkarbonat

Ada sesetengah rumah yang kita kunjungi menyediakan air minuman berkarbonat pada majlis keraian. Minuman berkarbonat tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Ia boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu, minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.

Banyakkan Minum Air

Selepas makan pelbagai makanan, sebaiknya menyuruh anak minum air kosong. Anak perlu dididik minum air kosong. Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.

Hadkan Gula Tambahan

Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti.Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Sebagai ibubapa, kita perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini wujud gula tambahan dalam pelbagai makakan dan minuman yang diproses.

Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa ramai yang tidak menyedari bahawa kita memberikan anak terlalu banyak gula.


#RealKidsRealFood
#HelpOurChildrenToEatRight

Monday, February 19, 2018

Impian Hotel Morib

Assalamualaikum. Hari ini Eza nak update percutian singkat kami ke Banting pada 10 Feb 2018. Maaflah baru dapat nak upload pictures dan ada masa untuk dikongsikan percutian kami sekeluarga ini. Percutian 2 hari 1 malam sahaja dan santai sebab nak bawa anak-anak mandi kolam. Kolam mandi 'All-tymes favourrite' anak-anak.

Bila bercakap tentang Banting tak tahu apa yang menarik di sini? Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat. Banting juga terletak di tepi Sungai Langat. Sebenarnya Banting ni dah ada rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhdimatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar Diraja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tempat menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah seperti Istana Bandar, Masjid Alauddin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib.

Di mana tempat percutian Eza sekeluarga? Sudah tentulah di Pantai Morib. Suami telah memilih Impian Morib Hotel.


Terdapat 92 bilik dan jenis bilik terbahagi kepada Deluxe Room dan Chalet Room. Kami memilih 2 unit chalet menghadap ke pantai. Di dalam setiap bilik disediakan satu katil Queen dan satu katil single. Menarikkan! Pihak hotel juga tidak menyediakan service extra bed. Eza kongsikan beberapa gambar di sekitar hotel.
Deluxe Room
Chalet Room


Di dalam bilik terdapat semua kelengkapan seperti televisyen, iron board dan seterika, coffee maker, coffee making facilities, complimentary wireless net, hair dryer dan sebagainya. Untuk setiap chalet rooms ada disediakan beranda untuk lepak santai.

Tak sabar si anak dara nak mandi

Duduk dulu Kakak sementara tunggu yang lain 

Syokkan tengok pool di Impian Morib

Memang best la kan bila tengok pool sebesar ni. Bukan anak-anak je yang dewasa pun tak sabar nak terjun dalam pool. Anak-anak melompat sakan naik hitam kena sunburn. Time macam ni tak kira pukul berapa asalkan dapat berendam. Tapi bila tengah terik panas, Eza pun tak berapa galakkan anak untuk berada di dalam pool. Aryan siap bawa Performance Drink. Elakkan dehidrasi katanya, bijak sungguh.

Waktu malam pula kami sekeluarga ke Juvita Seafood Kanchong Darat. Pertama kali juga nak rasa makanan seafood kat sini biasanya kami ke  Bagan Lalang mencari masakan seafood. Eza kongsikan gambar apa yang kami order.


Terliur tengok masakannya....

Menarik tak? Pelbagai menu ada disediakan di Juvita Seafood. Anak-anak Eza paling suka makan sotong dan udang celup tepung. Rangup sungguh. Masakan di sini pun sedap-sedap. Jadi, tak perlu risau kalau waktu malam nak makan apa. Boleh singgah di sini atau mana-mana kedai masakan panas sebabnya waktu malam happening kedai makanan di sepanjang jalan.

Untuk breakfast pagi esoknya jangan risau. Pihak hotel menyediakan sarapan di Temasya Coffee House seperti biasa la 1 bilik dapat complimentary breakfast untuk 2 orang. Kalau lebih untuk 2 orang akan dicaj tetapi pada harga yang reasonable.

Signature Impian Hotel ni adalah aiskrim kelapa yang dihidangkan di dalam kelapa. Tetapi masa Eza beli untuk dibawa balik jadinya tak dapat la nak makan dalam kelapa tu. Ok la, asalkan dapat rasa, memang seriously sedap. Kalau uolls ke sana jangan lupa cuba ye.

So, parents boleh la fikir-fikirkan Impian Hotel Morib untuk percutian cuti sekolah akan datang. Tak silap Mac nanti cuti sekolah penggal pertama bermula kan 17 hingga 25 Mac 2018. Block the date now!

Eza bagi 5 bintang untuk percutian kali ini.

#ImpianMoribHotel
#CutiCutiMalaysia
#3PermataHati
#JourneyOfMotherhood

Tuesday, February 13, 2018

Suri Rumah Kerjaya Profesional

Memang tak percaya! Mana tidaknya tugas suri rumah ini tiada henti. Setiap hari buat perkara yang sama sahaja. Tiada clock in dan clock out. Tetapi bila terbaca artikel mengenai tugas suri rumah boleh dijadikan satu kerjaya profesional terus aura positif masuk di kepala.

Tugas suri rumah yang Eza pegang bermula tahun 2011 penuh dengan pelbagai ragam, cabaran dan cara mengurus rumahtangga dengan lebih baik. Pada waktu itu Aryan baru berumur 2 tahun. Jadinya tumpuan sepenuhnya hanya diberikan pada permata seorang itu. Suami pula bertugas di luar negara dan hanya berjumpa selepas 70 hari serta pulang bercuti hanya untuk 20 hari. Berbaki cuti 20 hari itulah perlu diuruskan betul-betul. Biasalah bila suami pulang, kami hanya akan memikirkan untuk bercuti satu Malaysia. Maklumlah anak belum bersekolah dan boleh bergembira untuk ke sana sini.

Tahun 2012 Eza melahirkan anak kedua. Alhamdulillah rezeki yang Maha Esa memberikan zuriat anak perempuan untuk kami sekeluarga. Bermulalah cerita untuk mengendalikan anak-anak dan pada masa itu Aryan sudah dihantar ke tadika seawal usia 4 tahun. Jika sebelum ini kendalikan anak seorang bolehlah santai-santai. Tapi selepas kehadiran anak kedua perlu lebih cekap. Dalam minda hanya fikir perlu siapkan kerja rumah kadar segera dan memasak untuk keluarga sepantas yang boleh. Tetapi memang benar, semuanya perlukan pengalaman. Eza bukanlah seorang yang cekap. Sikap tembel itu sentiasa ada malahan kalau dibiarkan melarat jadinya.

Sebagai suri rumah, satu hal yang Eza pelajari ialah tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah. Cabaran setiap hari bagi memastikan persiapan hal di dalam rumah sentiasa terjaga. Pernah Eza tidak berapa sihat disebabkan demam, tak larat nak angkat badan rasa longlai. Waktu itu Eza hanya fikir jadi apalah rumah mesti tak kemas, kain baju cuci tak, setakat makan anak-anak tak perlu risau kerana suami memang pandai memasak. Cuma hal kebersihan dan ketelitian rumah adalah "MY TERRITORY". Hahaha...

Cuba diberi ME TIME sehari. Macam mana agaknya ye? Dalam kepala mesti terfikir rumah ok tak, bersih tak? Jadinya tiada istilah ME TIME ke? Sebenarnya boleh, buangkan aura negatif yang bersarang dalam kepala ni. Kalau asyik fikir yang buruk je memang susahlah kan.

Jaga penampilan tak di rumah? Alamak, takut dengar. Mak Eza selalu pesan walaupun kita seorang suri rumah perlu sentiasa berhias buat suami. Jangan waktu pagi tak reti mandi hahaha... Betul, dulu Eza pun jenis yang begitu alasannya nanti dah mandi pun berpeluh-peluh. Malas dua kali nak mandi. Jadinya suri rumah sekalian perlulah menjaga imej ye. Duduk rumah pun kita perlu sentiasa nampak cantik. Untuk siapa? Untuk suami kita jugakan. Jom, kita jaga imej suri rumah profesional!

Kena bijak atur masa. Ini memang relevan sebabnya ia akan banyak membantu. Dulu Eza pun tidak pernah ada sechedule, main taram je akhirnya ada kerja yang dibuat dua, tiga kali. Mestilah letihkan. Percaya tak suri rumah juga perlukan time table. Sekarang Eza perlukan jadual waktu untuk diri sendiri. Aryan dan Saffiya bersekolah dan perlu lebih perhatian. Hadirnya anak ketiga lagi tak menang tangan dibuatnya. Bila suami balik bertugas lagi haru biru.

Terutama sekarang Eza perlu ada masa untuk buat bisnes online. Jadinya seawal pagi urusan keluarga didahulukan dan kemudian fokus sekejap pada bisnes. Menarik juga sebenarnya dunia WAHM ini. Bukan apa, Eza letakkan tahun ini sebagai langkah permulaan untuk berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk diri sendiri mencari duit poket. Betul tak? Kalau tak untuk kita untuk keluarga kita juga.

Di masa yang sama Eza juga sangat berbesar hati jika ada antara suri rumah ingin memulakan bisnes online seperti Eza. Mungkin ini cara untuk kita menambah pendapatan bulanan kita kan. Rezeki ada dimana-mana, Insya-Allah jika kita berusaha Allah melipat-gandakan rezeki kita.

Jom, suri rumah sertai R2R (Rizqi To Reach) Family.

#R2R
#WAHM
#3PermataHati
#JourneyOf Motherhood




Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.