Sunday, October 29, 2017

Mainan Blok Bina Minda




Sebut sahaja permainan LEGO, anak-anak sudah menjerit keriangan.


Mainan LEGO menarik minat anak-anak kecil. Seingat Eza pertama kali membawa anak ke kedai LEGO, beberapa kali pusingan lepas satu-satu dibelek. Masa itu, mama yang pening. Tapi disebabkan kesabaran mama yang tinggi dilayankan sahaja.

Wednesday, October 25, 2017

INI KISAH TESTIMONI SAFFIYA


Saffiya dan Meal Shakes tidak dapat dipisahkan. Kalau sehari tak dapat minum, bagai tak keruan jadinya 😃.

Panggilan Saffiya di kalangan keluarga ialah Kakak.

Semenjak Kakak mengambil Meal Shakes dan Vitalea for Kids banyak perubahan yang Mama nampak. Hampir 6 bulan bersama produk Nutrisi Kanak-kanak Shaklee.

Tiada masalah sembelit, semakin fokus dan aktif terutama bila bangun waktu pagi. Kejutkan Kakak amat senang. Apa tidaknya, waktu pagi Kakak perlu minum Meal Shakes dahulu sebelum ke sekolah. Wajib!

Friday, October 13, 2017

Pencuci Pakaian Shaklee

Sebagai surirumah, menguruskan keperluan seisi keluarga adalah rutin wajib. Segala tugasan mahu disiap rapi."Tip top" kata orang ☺. Hari ini, Eza hendak kongsikan kebaikan produk pencuci rata-rata sangat efektif untuk mencuci pakaian anda bersih, bau yang segar, selamat digunakan dan sangat ekonomi.


Pencuci pakaian Shaklee ini dikenali sebagai "Fresh Laundry Concentrate Powder". Bagaimana hendak tahu pakaian yang dibasuh bersih?


Thursday, October 5, 2017

Corakkan Gaya Hidup Yang Sihat

Bila bercakap tentang gaya hidup biasanya lebih ke arah pemakanan dan kesihatan. Jaga makan, pilih yang berkhasiat, lebihkan sayur-sayuran dan sebagainya.

Eza mula sedar gaya hidup juga berkait rapat dengan persekitaran, emosi dan tingkah laku.

Amalan pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Ibu-ibu sekarang lebih kreatif sediakan hasil air tangan untuk anak tersayang. Mana tidaknya, zaman era moden ni nak resepi apa sahaja hanya click-click terus terpapar di screen telefon atau laptop. Eza selalu jugakan Cik Google untuk cari info makanan sihat yang senang untuk disediakan.

Selain pemakanan, persekitaran juga penting. Perlunya ada tempat tinggal yang selesa, jiran tetangga yang baik dan kemudahan asas. Dapatlah anak-anak membesar dengan ceria. Hubungan sesama keluarga di dalam rumah juga perlu harmoni. Paling penting sikap hormat menghormati di antara satu sama lain.

Menjaga kebersihan juga amalan yang perlu dititik beratkan. Zaman Eza membesar, mak dan  ayah melatih diri  anak-anaknya  untuk  berdikari dan  mengambil  sikap  bertanggungjawab. Memang letih untuk memupuk anak-anak  supaya sentiasa mendengar kata dan arahan diberi.

"Baju letak dalam bakul ".

"Mandi jangan lupa gosok gigi". 😓

Aktiviti riadah, Eza bawa setiap hujung minggu sahaja. Ikutkan anak-anak kalau boleh setiap hari nak main kat playground 😃.

Hari ni, Aryan terlebih gembira sebab kat sekolah masa Pendidikan Jasmani nak main bola sepak. Kalau cikgu bagi ye Aryan 😉.


#DiariSiManja
#3PermataHati
#ParentingHood

Wednesday, October 4, 2017

Sukarnya Bangunkan Anak Waktu Pagi


Nak kejutkan anak-anak dari tempat tidur bukannya mudah.

"Aryan bangun, solat Subuh".

"Mama jap, bagi lima minit. Lepas tu tiga minit sampai ke sudah berminit-minit".

Haiiiii la anak. Tahun lepas masa sekolah pagi, memang turun naik angin mama. Tapi tak bestkan pagi-pagi mama nak marah. Hangin satu badan 😅.

Permulaan hari yang pastinya membawa aura negatif. Kesian juga, pagi-pagi dah kena marah. Terbantut mood anak-anak jugakan.

Cara idea macam mana nak hindarkan situasi begini setiap hari.

Tuesday, October 3, 2017

Kenali Tabiat Anak

Tabiat atau 'habit' anak-anak jika tidak dipantau segera takut terbawa-bawa hingga dewasa. Bukannya semua tapi ada perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan mereka. 


Tabiat yang anak-anak suka lakukan!


Menggigit kuku
=============
Leka sungguh menggigit kuku kan. Yang best lagi gigit kuku sambil tengok tv. Langsung tak sedar mama perhati dari tadi. Kalau anak dara gigit kuku tak cantik kuku Kakak nanti 😅.


Makan tangan kiri
===============
Ketiga-tiga anak Eza diberi apa sahaja pasti bermula tangan kiri. Bagi apa sahaja pasti tangan kiri yang keluar dulu.
Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.