Tuesday, April 16, 2019

Ahhhhh! Jerawat Mengganggu Hidupku

Stressnya tengok jerawat kat dagu ni. Nak buat apa ye?

Biasanya, mulalah mencari krim untuk kecutkn jerawat. Tetapi tahu tak, punca pemakanan juga menyumbang kepada isu jerawat kejap-kejap timbul,kejap-kejap hilang.

Masalah jerawat boleh murung berhari-hari tau. Kakak Facial pun boleh murung berhari-hari tau. Kakak Facial kalau naik jerawat rasa gatal je tangan nak picit.

Macam mana nak hilangkan jerawat ni. Firstly, memang kena jaga makan. Sebab itu, #GengDetox tengah pulun bukan sahaja nak timbang kilo tetapi nak renew kulit yang bertahun kita tak jaga.

Apa dan bagaimana nak jaga makan atau makanan apa nak dielakkan juga penting. Ada yang tumbuh jerawat sebab hormon, mungkin juga sebab masalah kulit. Tetapi percaya tak diet seseorang juga antara faktor jerawatakibat reaksi sesetengah jenis makanan.

Macam Kakak Facial tak boleh makan kacang. Alergik sangat dengan kacang. Especially kacang tanah. Time raya kalau tengok sambal kacang rasa syahdu sangat. Kalau dah start makan kacang tak boleh berhenti. Kuasa rasa kacang tu buatkan mamai jap. Sebab itu, Kakak Facial perlu berpantang makan. So, pastikan dahulu jenis makanan apa yang perlu dielakkan. Kalau rasa nak makan sangat ambillah sedikit untuk rasa. Karang ada yang meleleh air liur. Macam mengidam!

Masalah hormon setiap dari kita laluinya. Biasalah selepas satu peringkat perubahan hormon pasti berlaku. Bermula dari peringkat akil baligh masa tu usia remaja. Pengalaman Kakak Facial sendiri muka naik jerawat. Jerawat tu tak besar tapi penuhlah kedua-dua belah pipi. Sehinggakan tangan nak reti diam naik berlubang juga pipi. Setiap masa nak raba pipi. Macam mana kan, masa itu bersekolah jadi tak fikir sangat pasal jerawat. Masa tu ingat lagi pakai OLay. Tapi tak berkesan juga untuk kulit muka.

Selain hormon, rutin penjagaan wajah seharian juga penting. Perlu ada sikap ambil tahu tentang keadaan kulit muka. Biasanya kita merias muka dengan mekap kan. Pastikan kita membersihkan kulit wajah dengan menanggalkan mekap sebersih-bersihnya. Tahu tak tanpa pembersihan optimum pada kulit akan menyumbatkan liang-liang pori. Pelbagai teknik membersihkan muka zaman ini. Ada yang yang menggunakan "based oil cleanser" dan satu lagi ialah teknik "double-cleansing".

Masalah jerawat akan dapat diatasi jika kita mengambil langkah untuk merawatnya.

#MasalahKulit
#YourBeautyPartner
#HomeFacialBangiKajangSemenyih


   

Tuesday, October 30, 2018

Perut Anda Jenis Yang Mana?

Sebenarnya wanita akan cepat sensitif jika membabitkan isu perut ni. Mana tidaknya dari perut kempis tetapi setelah berkahwin hilang rupa bentuknya.

Jom kita lihat jenis perut kita hari ini.

Perut Pir (Pear Tummy)

Wanita yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan juga sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen samaada genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh. Jika sel-sel lemak berlebihan dibahagian ini, juga sensitif untuk hormon wanita dihasilkan secara berlebihan berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.


Perut Ibu (Mummy Tummy)

Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menngeleber. Ini disebabkan otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikut perkembangan bayi.

Selepas bersalin, kedua sisi otot akan bersatu secara semulajadi dan jika ia tidak berlaku, perut akan kelihatan besar dan buncit. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.


Perut Tiroid (Thyroid Tummy)

Perut tiroid adalah disebabkan oleh kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kelenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi ia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.

Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.


Perut Stres (Stress Tummy)

Ramai yang tidak tahu, stres juga antara satu penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga bawah perut. Penyebab masalah ini, menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis 'Fat Around The Middle' adalah berada dalam situasi stres.

"Bila stres dan tiada aktiviti fzikal dilakukan semua kelebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak," katanya.

Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tetapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.


Perut Kembung (Bloated Tummy)

Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.

Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas. Namun, jika bakteria usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu ianya akan berlaku fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.

Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu, menelan terlalu banyak udara seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.

Kredit Kompas.com




Tuesday, October 2, 2018

Jenis-jenis Jerawat

Hari ini Eza nak kongsikan cerita mengenai jenis-jenis jerawat.
Pernah dengar tak 'bebintik hitam?'

Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis jerawat iaitu jerawat hitam dan jerawat putih.

Apakah itu jerawat hitam dan jerawat putih?

Jerawat Putih (bebintik tertutup)

Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih.

Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.





Jerawat hitam (bebintik terbuka)

Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan bebintik, tetapi ia boleh dirawat atau mencegahnya.

Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebinitk.

Memilih produk penjagaan wajah juga amat penting dan berhati-hati agar tidak melembapkan kulit secara berlebihan.




Jerawat biasa (Papul)

Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang.Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul.

Ianya adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah dan merah jambu.




Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)

Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya.

Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit.

Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.

Untuk Nodul dan Sista, adalah digalakkan untuk mendapat nasihat pakar dermatologi kerana tiada ubat untuknya dan boleh didapati di kaunter.



*Credit to WOM (Women Online Magazines)

#MasalahJerawat
#JenisJerawat
#CeritaNakCantik
#HomeFacialBangi
#HomeFacialKajang
#HomeFacial Semenyih

Tuesday, April 17, 2018

Cerita Nak Cantik PART 2

Petang tadi sesi facial bersama bonda Azliya Yatim. Alhamdulillah, tiada sangat masalah muka. Masa mula-mula belek muka bonda pun rasa tak percaya kulit muka tegang. Kalah kita yang umur muda ni.

.
Nak tahu tak umur bonda ni berapa?

.
Jangan rasa tergugat ye. Umur bonda dah 66 tahun. Tadi dah facial bersama YOUTH akan lebih muda 10 tahun dari usia sebenar. Tak percaya, biar gambar yang berbicara.

.
Bonda Azliya juga adalah pengguna tegar Vivix. Anti-aging produk kan. Mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit. Sebab itu, memilih produk yang betul-betul selamat adalah penting. Pilihlah produk untuk kegunaan masa panjang. Jangan terpedaya nak cantik express tau.

.
Yang muda ni rasa tercabar tak?

#CeritaNakCantik
#SpaByDoozyBeauty


Cerita Nak Cantik Part 1

Dulu pernah rasa down juga bila tengok muka sendiri. Masalah jerawat di bahagian pipi sampai hilang gebu pipi. Biasalah masalah jerawat mula naik semasa umur 16 tahun. Masa tu mana ada duit nak beli produk kan jadi maksuruh je pakai bedak sejuk macam 'Mak Cun' tu.

Malam-malam tepek bedak sejuk. Pakai je la, asalkan dengan harapan jerawat akan kurang. 

Bila dah bekerja Eza mencuba satu produk yang agak hot di pasaran waktu itu. Tanpa ada pengetahuan tentang produk main belasah je. Semuanya kerana terikut-ikut iklan di televisyen dan testimoni pelanggan yang menyakinkan. 

Permulaan menggunakan produk ini ada cerita pahitnya. Kulit berasa pedih dan kemerah-merahan. Akan tetapi kesannya agak mengujakan. Kemanisannya selepas 2 minggu nampak ketara perbezaannya. Bagai kulit bayi. Bayangkan Eza pakai selama 4 tahun.

Selepas itu, Eza kerap juga bertukar produk.Haiihh, masa tu hanya beli produk tanpa memahami dengan lebih dalam tentang produk. Kulit muka Eza semakin menipis. Jika difikirkan balik, memang menakutkan.

Kini, alhamdulillah Eza memilih produk yang benar-benar selamat digunakan dan yakin dengan keberkesanannya.

#CeritaNakCantik
Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.