Tuesday, November 14, 2017

Coretan Kehamilan Pertama

Kehamilan kali pertama, memang sangat dinantikan Eza dan suami. Eza hamil ketika usia 29 tahun. EDD pada 21 Oktober 2009.

•Saat hamil, banyak info Eza cari melalui pengalaman kawan-kawan. Juga dari majalah tentang kehamilan.

•Tapi trimester pertama Eza alahan agak teruk. Makan muntah, makan muntah dan bila makan lagi terkeluarlah segala makanan yang dimakan tadi. Bayangkan Eza jadi lembik sebab satu makanan pun tak boleh masuk ke dalam perut.

•Bila di tempat kerja, kawan-kawan yang banyak membantu. Alhamdulillah, masuk ke trimester kedua semuanya seakan baik-baik sahaja.

•Selepas usia kehamilan masuk 6 bulan, suami terpaksa bertugas di luar negara. Ya ampun, masa itu Eza rasa tak kuat. Bayangkan 70 hari bekerja dan 20 hari cuti. Cuti 20 hari itulah baru suami boleh pulang ke Malaysia. Airmata mengalir bagai tak ingat.

•Tetapi rasa syukur tetap ada kerana keluarga dan mertua sentiasa mengambil berat. Satu momen yang Eza sangat suka lakukan ialah awal pagi sewaktu memandu ke tempat kerja Eza akan memanggil nama anak. "Selamat pagi anak mama, Aryan. Mama nak pergi kerja ok, Aryan kena behave dalam perut mama tau"

•Hahaha, kenangan betul! Inilah coretan sedikit sebanyak tentang kehamilan pertama Eza. Nantikan coretan Eza seterusnya .
Permata Hati. All rights reserved. BLOG DESIGN BY Labinastudio.